Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Memoirs untuk peminat Bollywood

View previous topic View next topic Go down

Memoirs untuk peminat Bollywood

Post by Park Deen on Sat Nov 03, 2012 10:37 am

Memoirs untuk peminat Bollywood (Kosmo)









LEBIH tiga dekad lalu, pasangan adik-beradik, Linda Loh dan abangnya,
Alen Loh gigih menjalankan perkhidmatan fotografi di sebuah premis
kecil di tengah-tengah kesibukan kawasan Brickfields, Kuala Lumpur.

Linda yang kini berusia 55 tahun masih mengingati keadaan premis
niaga mereka dengan jelas. Sebuah kedai kecil bernombor 62 dengan
kaunter dan bilik mengambil gambar di ruang yang sama, ia rancak
didatangi pelanggan yang mahu merakamkan gambar untuk pelbagai tujuan.

“Saya dan abang berpindah operasi ke kedai lain yang lebih besar
selepas itu, namun masih di kawasan sama. Kini, tapak kedai lama kami
sudah menjadi stesen petrol Petronas,” katanya mengimbau suasana sekitar
tahun 1980-an. Ketika itu, perniagaannya popular dengan nama Foto
Lido.

Menurut Linda, kedai yang lebih besar itu membolehkan mereka memiliki
peralatan penggambaran yang lebih banyak. Seingatnya, Foto Lido
mendapat sambutan yang memberangsangkan, lebih-lebih lagi kerana ia
bertempat di Brickfields iaitu kawasan yang sangat ikonik dalam
pembentukan ibu negara sejak zaman dahulu.

“Kami banyak menerima kedatangan pelanggan yang rata-ratanya terdiri daripada kaum India atau Cina,” tambahnya.

Perkembangan perniagaan adik-beradik itu diteruskan selepas Linda mendirikan rumahtangga dengan Y.K. Cheah, 60.

Tidak lama kemudian, Linda meneruskan legasi perniagaan tersebut
kerana abangnya mengambil keputusan untuk menguruskan perniagaan yang
lain.

“Kami pernah beroperasi sementara di Pusat Pameran Sentral dan kini
di sini,” tambah Linda mengenai premis terkininya di alamat di 182,
Jalan Tun Sambanthan.

Sebagai pengusaha yang tegar menjalankan bisnes untuk suatu tempoh
yang lama, Linda akur dengan konsep penjenamaan semula. Meskipun berat
rasa hati untuk menamatkan nama Foto Lido dalam daftar niaganya sebelum
ditukar menjadi Memoirs Bridal Gallery (Memoirs), Linda yakin bahawa
semuanya tetap sama, malah lebih baik buatnya.

Nostalgia tetap menjadi suatu yang indah untuk dikenang. Papan tanda
nama lama itu masih digantung di sudut kiri di pintu masuk Memoirs.

Sewaktu ditemui di premis tersebut, Linda begitu ramah dan sibuk
menguruskan perkhidmatan penggambaran perkahwinan bersama para
pekerjanya. Hal yang paling mencuri perhatian ialah kedai itu dipenuhi
pakaian pengantin tradisional bagi wanita dan lelaki India seperti
jippa, lengha dan sari selain gaun pengantin lain.

Tarikan India



FOTO ini menunjukkan Linda di hadapan kedai lamanya, Foto Lido.



Ada sesuatu yang menarik mengenai wanita itu dan pasangannya.
Walaupun mereka berketurunan Cina dan tidak mempunyai apa-apa pertalian
darah dengan kaum India, mereka berdua memilih untuk menyasarkan khidmat
fotografi untuk pasaran pelanggan kaum India.

Buktinya amat jelas apabila melangkah masuk ke aras bawah galeri
mereka yang memperagakan koleksi pakaian India, poster dan album
praperkahwinan pelanggan India. Sementara itu, ruang khas di tingkat
atas pula diubah suai menjadi galeri penggambaran dengan sentuhan tata
rias dalaman ala Bollywood.

“Memang ramai yang tertanya-tanya tentang survival kami. Hampir 90
peratus pelanggan kami ialah kaum India. Itu tidak termasuk pelanggan
untuk tujuan penggambaran lain,” ujar Linda tersenyum.

Ceritanya, sejak Foto Lido memulakan bisnes pada awalnya, mereka
sudah mempunyai beberapa pelanggan setia yang kembali kepada mereka.

“Mereka percaya kami membawa tuah. Ini berterusan sehingga kepada
anak cucu mereka. Selepas penjenamaan semula, kami teruja melihat
generasi ketiga pelanggan kami yang mahu mendapatkan khidmat Memoirs,”
kata Linda yang berterima kasih kepada pelanggannya atas kepercayaan
itu.

Suami Linda, Cheah, pula percaya bahawa Memoirs berkembang maju kerana menawarkan kualiti dan komitmen dalam perkhidmatan.

“Kami terpaksa bersaing dengan beratus-ratus syarikat lain dalam
industri yang mencabar ini. Kami meningkatkan kemampuan kami
memandangkan telah muncul ramai peniaga kaum India dalam aliran bisnes
yang sama dan mereka juga menunjukkan potensi yang baik,” ujar Cheah
lagi.

Tambahnya, Memoirs sentiasa memastikan permintaan pelanggan ditepati
dan dicapai termasuk keperluan dalam jangka waktu singkat. Lazimnya,
perkara yang menjadi tarikan para pelanggan India di Memoirs ialah
pilihan baju tradisional dan gaun moden yang pelbagai.

Secara kasar sahaja, pakaian tradisional India yang didatangkan khas
dari India boleh mencecah beberapa ratus helai, tidak termasuk gaun dan
pakaian tradisional Inggeris buat lelaki.

“Kami membeli dan memilikinya sendiri. Pilihan dibuat berdasar
rujukan majalah fesyen dari India dan nasihat daripada kawan-kawan kami
di Mumbai,” kata Linda.

Cipta latar suasana

Di samping itu, Linda juga bertanggungjawab terhadap seluruh proses
pengubahsuaian dekorasi dalaman galeri yang menjadi tarikan utama para
pelanggan. Setiap sudut dan bahagian diberi sentuhan Bollywood atau
Inggeris supaya dapat menjana kepelbagaian latar sewaktu sesi
penggambaran.

“Saya sangat peka dengan hiasan dalaman galeri dan tiap kali ada
sahaja idea baharu, saya tidak boleh duduk diam,” katanya yang mengubah
rekaan dalaman galeri setiap lima hingga enam bulan dengan merujuk
kepada pelbagai sumber termasuk majalah, filem-filem Tamil dan Hindustan
serta berbincang dengan rakan-rakan di India.

Linda dan Cheah mengakui mereka telah berbelanja kira-kira RM100,000
untuk dekorasi dalaman sahaja dan dari semasa ke semasa, mereka
cenderung membuat pengubahsuaian.

Sambil bercerita, Linda turut memperkenalkan jurusoleknya, Chin Siew
Fung, 41, iaitu antara tenaga kerja yang menjayakan sesi fotografi di
Memoirs.

Berpengalaman lebih 15 tahun, Siew Fung tidak kekok mengendalikan
seorang pelanggannya yang ketika itu sedang bersiap sedia untuk
penggambaran luar di Taman Titiwangsa, Kuala Lumpur, U. Munisvary, 30.



MUNISVARY (dua dari kiri) dan pasangannya Shanmugam (kiri) percaya pada sentuhan kreatif Linda dan para pekerjanya.



“Tangan ini sudah terbiasa dengan wajah pelanggan India, justeru saya
tidak merasakan menyolek mereka satu tugas yang sukar. Saya suka
memberi sentuhan emas pada mata mereka yang lazimnya sedia cantik dan
besar sekali gus memberi nilai tambahan kepada kecantikan mereka,”
katanya mesra.

Selain berpengetahuan tentang solekan buat pelanggan India, Siew
Fung juga mahir menyarung sari, lengha atau apa jua pakaian yang
dibekalkan di Memoirs kepada para pelanggan.

“Saya tidak memilih sari, tetapi memakai sepasang lengha dan empat
gaun. Saya dikhabarkan tentang hasil yang berkualiti di sini dan betapa
efisien kualiti kerja mereka. Lagipun dekorasi hiasan dalaman juga amat
unik dan benar-benar istimewa,” kata Munisvary yang membuat keputusan
untuk mengambil gambar bersama pasangannya, N. Shanmugam, 35.

Kedua-dua pasangan, doktor dan jurutera ini merancang untuk berkahwin
pada bulan Disember akan datang, juga mengakui, Memoirs adalah pilihan
yang disenarai pendek daripada empat galeri lain yang mereka dekati.

“Saya dapati pakej yang ditawarkan oleh mereka agak munasabah dengan
jumlah pakaian, penggambaran di studio dan di luar,” kata Munisvary.

Selepas bersiap sedia dengan solekan, gaun putih dilengkapi kain
layah, aksesori, Munisvary dan pasangannya yang turut kelihatan disolek,
keluar meninggalkan Memoirs untuk penggambaran luar ke Taman Titiwangsa
bersama juru gambar, Fanco Wong, 35, yang turut berpengalaman luas
dalam bidangnya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum