Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Andy digantikan Aaron

View previous topic View next topic Go down

Andy digantikan Aaron

Post by Park Deen on Sat Nov 03, 2012 10:30 am

Andy digantikan Aaron (Kosmo)









SEKALI pandang, wajahnya mirip bintang Taiwan, Lee Hom. Jika
diperhatikan pada setiap sudut wajahnya, pasti ada yang tidak menduga
bahawa anak muda itu sebenarnya mempunyai darah kacukan Melayu.

Aarif Rahman. Itu sebaris nama yang meniti lancar, khususnya di
bibir penduduk kota metropolitan Hong Kong. Sejak dia memulakan
kariernya pada awal tahun 2009, pelakon merangkap penyanyi itu
sewajarnya diberi perhatian.

Fakta yang perlu dikongsi, Aarif mempunyai darah kacukan
Melayu-Arab-Cina sebelah bapanya yang telah berkahwin dengan ibunya
iaitu seorang warganegara Hong Kong. Aarif, 25, turut dikenali dengan
nama komersial Aarif Lee dan nama Mandarinnya, Li Zhi Ting.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu pernah melanjutkan pengajian
dalam bidang fizik di Kolej Imperial London selepas menandatangani
kontrak bersama sebuah syarikat rakaman Hong Kong, Amusic.

Sekembalinya dari London, bakat Aarif dalam bidang seni suara kian
menyerlah dan hasilnya, album sulung berjudul Everything yang dicipta,
disusun dan ditulis sendiri liriknya telah diterbitkan sekitar tahun
2010.

Nasib tidak menyebelahi Aarif apabila dia ditahan polis akibat
memandu dalam keadaan mabuk pada penghujung tahun 2011 dan kontraknya
bersama syarikat rakaman Amusic ditamatkan serta-merta.

Bakat yang bukan hanya tertumpu dalam bidang nyanyian bagaimanapun,
membolehkan Aarif mencuri tumpuan penerbit dan pengarah filem untuk
mengambilnya berlakon dalam beberapa naskhah filem seperti Echoes of the
Rainbow, Frozen dan filem pecah panggung, Bruce Lee, My Brother.

Andy Lau, Aaron Kwok

Bakat seni lakon yang kian menyerlah menampilkan kredibiliti dan
kualiti persembahan Aarif dalam pelbagai naskhah filem akhirnya berjaya
merealisasikan impian Aarif berlakon di samping dua bintang gred A Hong
Kong, Andy Lau dan Aaron Kwok.



BINTANG muda masa depan industri perfileman Hong Kong ini sedang gigih menggilap bakat lakonannya.



Menerusi filem yang bakal memasuki pawagam seluruh negara pada 8
November ini, Aarif memegang peranan Billy Cheung iaitu seorang Ketua
Penyiasat Suruhanjaya Bebas Anti Korupsi (ICAC) Hong Kong.

Billy perlu memerhatikan pergerakan dua anggota Pesuruhjaya iaitu
Sean Lau (Aaron Kwok) dan Waise Lee (Tony Leung) yang bersaing untuk
mengetuai operasi menyelamat sebuah van berisi senjata yang telah
dirompak. Kedua-duanya pula dalam masa yang sama disyaki menjadi dalang
beberapa kes jenayah.

Pertama kali berlakon dalam sebuah filem aksi moden seperti Cold War
menuntut Aarif membuat kaji selidiknya sendiri selain banyak bertanya.

“Cold War adalah satu operasi khas berskala besar dan satu peperangan
yang unik. Pada masa yang sama, filem ini menggabungkan barisan tenaga
elit dari belakang tabir dan juga barisan aktor yang cemerlang. Ia
menjadikan Cold War sebuah filem yang begitu luar biasa hebatnya,”
ungkapnya dalam sebuah temu ramah bersama media antarabangsa baru-baru
ini.

Tambahnya, filem yang telah mendapat perhatian ramai selepas tayangan
perdananya pada Busan International Film Festival ke-17 di Korea
Selatan itu mempunyai kekuatan bukan dari segi pelakon malah garapan
skrip.

“Saya juga mempunyai pendapat yang serupa dengan yang lain dan
sejurus tamat membaca skrip, saya boleh rasakan jalan ceritanya yang
segar dan betul-betul berkisar tentang kisah polis Hong Kong,” katanya.

Filem arahan bersama Longman Leung dan Sunny Luk itu mengisahkan
sebuah operasi pihak berkuasa Hong Kong dalam usaha untuk mendapatkan
kembali sebuah van berisi senjata berteknologi tinggi yang dirompak oleh
penjenayah.

Operasi yang diberi nama Cold War itu bakal menentukan kenaikan
pangkat dua pegawai utama iaitu Sean Lau dan Waise Lee. Tanpa disedari,
sebenarnya mereka sedang diperalatkan oleh pihak lain yang ingin
mengambil kesempatan atas kelalaian mereka.

Cold War turut diperkuatkan barisan pelakon terdiri daripada Eddie Peng, Lam Ka Tung, Andy On, Terence Yin dan Charlie Young.

Buah hati misteri

Menggali lebih mendalam kisah peribadi kehidupan Aarif di Hong Kong,
timbul tanda tanya akan kesahihan hubungan cinta pelakon tinggi lampai
itu yang dikatakan terjalin dengan seorang gadis yang sering kelihatan
meluangkan masa bersama-samanya.

Banyak kali sebelum ini Aarif menyangkal dakwaan bahawa hatinya sudah dimiliki, sebaliknya menegaskan bahawa dia masih solo.

Andai dilihat daripada corak permainan cintanya, Aarif yang sudah
beberapa tahun intim dengan gadis misteri itu memilih untuk
menyembunyikan kisah hati dan perasaannya meskipun dia kini sudah
menjadi artis terkenal.



AARIF RAHMAN mula menceburkan diri dalam dunia hiburan Hong Kong sebagai penyanyi.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum