Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Johor ubah pendirian

View previous topic View next topic Go down

Johor ubah pendirian

Post by Park Deen on Sat Nov 03, 2012 10:09 am

Johor ubah pendirian (Kosmo)



Oleh RADIAH SAORI
radiah.saori@kosmo.com.my


TUNKU Ismail (kanan) menyampaikan
kata-kata amanat kepada pemain Johor dan Johor United selepas majlis
menandatangani kontrak pemain di Johor Bahru semalam.




“KAMI tidak boleh bayar sehingga RM1 juta.” Itu pendirian Persatuan
Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berhubung laporan yang mendakwa Persatuan
Bola Sepak Kelantan (KAFA) meminta bayaran RM1 juta untuk melepaskan
penyerang sensasinya, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo kepada Johor.

Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim
bertitah, jumlah yang diminta KAFA itu tidak menepati peraturan yang
telah ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Katanya, PBNJ sentiasa merujuk kepada FAM untuk melakukan sebarang
tindakan berhubung kedua-dua pasukan di bawah naungan PBNJ iaitu Johor
yang bakal beraksi dalam saingan Liga Super dan Johor United yang akan
beraksi dalam saingan Liga Perdana musim depan.

Johor sebelum ini dikenali sebagai Johor FC manakala Johor United pula Johor FA.

“Mengikut peraturan FAM, mereka (KAFA) tidak boleh minta sehingga RM1 juta dan lebih untuk kami menebus kontrak Norshahrul.

“Saya kena hormati peraturan yang ditetapkan FAM dan saya tidak akan
melanggar syarat-syarat yang telah mereka tetapkan,” katanya kepada
pemberita selepas Majlis Menandatangani Kontrak pemain-pemain Johor dan
Johor United di Johor Bahru semalam.

Pada majlis terbabit, seramai 16 pemain telah menandatangani kontrak
bersama Johor manakala 24 pemain lagi bersama Johor United.

Antara yang kelihatan, bekas tonggak Harimau Muda yang juga pemain pertahanan, Muslim Ahmad.

Kosmo! semalam melaporkan, KAFA bersedia untuk melepaskan Mat Yo
kepada Johor sekiranya PBNJ sanggup membayar nilai kontrak pemain Paling
Bernilai pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2012 itu yang dikatakan
berjumlah RM1 juta.

Tunku Ismail juga bertitah, pihaknya tidak mahu memaksa sekiranya Mat Yo tidak ingin beraksi bersama Johor.

Dalam pada itu, baginda menyatakan, pemain import, Andre Francisco
Da Silva yang beraksi bersama Johor FA dalam saingan liga musim lepas,
akan dipindahkan untuk beraksi dalam saingan Liga Super musim depan
bersama pasukan Johor.

“Andre mungkin akan bergandingan dengan seorang lagi pemain import, Daniel Gonzalez Guiza,” katanya.

Menurut Tunku Ismail, Guiza yang merupakan penjaring terbanyak La
Liga musim 2007/2008, dijangka tiba untuk menandatangani kontrak esok.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum