Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Sandy membadai AS selepas Katrina

View previous topic View next topic Go down

Sandy membadai AS selepas Katrina

Post by Park Deen on Fri Nov 02, 2012 4:24 am

Sandy membadai AS selepas Katrina (Kosmo)









TAUFAN Sandy yang melanggar New York, Amerika Syarikat (AS) pada
Isnin lalu merupakan pengalaman bencana alam pertama yang dihadapi oleh
Muhammad Syazwan Adzhar, 21, dan rakan-rakannya yang sedang belajar di
sana.

"Hujan lebat dan ribut begitu kuat pada malam itu. Kelas dan aktiviti
di kampus dibatalkan kerana bimbang taufan Sandy semakin buruk.

"Semakin lama, angin semakin kuat bertiup dan bekalan elektrik
beberapa kali terputus. Alhamdulillah, mujur lampu hanya malap dan tidak
terputus sepenuhnya.

"Orang ramai di kawasan persekitaran mula berpusu-pusu keluar ke
pasar raya atau kedai-kedai terdekat untuk membeli bekalan makanan,"
kata Muhammad Syazwan memberi gambaran keadaannya pada malam kejadian
melalui e-mel yang dihantar kepada Kosmo!.

Muhammad Syazwan merupakan pelajar tahun tiga dalam bidang Geosains
di Universiti Pennsylvania (PSU). Sepanjang kelas dibatalkan, Muhammad
Syazwan dan rakan-rakan hanya terperuk di rumah dan memantau
perkembangan taufan Sandy melalui internet serta saluran The Weather Channel.

Sebaik mendapat berita taufan Sandy, Muhammad Syazwan turut menghubungi rakan-rakannya di kawasan-kawasan lain.

"Teman-teman di Institut Teknologi Rochester dalam keadaan baik, cuma
kawan-kawan di Institut Teknologi Stevens, New Jersey sedikit cemas
apabila berdepan dengan banjir dan masalah bekalan elektrik," katanya.



KESAN kemusnahan yang ditinggalkan oleh Sandy di Long Branch, New Jersey.




Menurut Wisma Putra, kira-kira 1,500 rakyat Malaysia kini selamat
walaupun terkandas di kawasan teruk seperti Washington, Maryland dan
Virginia.

Taufan Sandy telah merosakkan sekurang-kurangnya 7.3 juta kediaman dan premis perniagaan di pantai timur AS setakat Selasa lalu.

Malah, ia memaksa tiga reaktor nuklear ditutup selepas sistem
penyejukan air dan jaluran bekalan elektrik mengalami kegagalan.
Bagaimanapun, tiada masalah besar melibatkan nuklear berlaku.

Selain itu, pihak berkuasa New York mengambil langkah keselamatan
dengan menghentikan semua operasi sistem kereta api bawah tanah,
manakala hampir semua terowong dan jambatan dari Manhattan turut
ditutup.

Seramai 2,100 anggota pasukan keselamatan AS pada hari Ahad dan Isnin
lalu, dikerah ke daerah terancam bagi mengawal keadaan penduduk awam.

Selasa lalu, Presiden AS, Barack Obama mengisytiharkan bencana besar ekoran kemusnahan yang berlaku.

Taufan Sandy melanda pantai timur AS itu bergerak ke barat dengan membawa angin selaju 281 kilometer sejam.

Taufan itu merupakan siklon tropika lewat musim yang membawa bencana
ke beberapa bahagian Caribbean, tengah Atlantik dan timur laut AS.



PENDUDUK New York terpaksa berjalan
kaki selepas perkhidmatan kereta api bawah tanah ditutup dan bekalan
elektrik di beberapa lokasi terputus.




Sandy terbentuk daripada gelombang tropika di barat Laut Caribbean.
Ia menjadi gelombang tekanan rendah tropika dan kekuatannya dengan cepat
meningkat.

Dengan mengekalkan kekuatan kategori 1, Sandy bergerak ke arah barat laut dan seperti yang dijangkakan ia mendekati pantai AS.

Pusat Taufan Kebangsaan (NHC) AS mengumumkan taufan sampai pada pukul
8 malam, 29 Oktober di barat daya Atlantic City, New Jersey. Sandy
diisytihar sebagai siklon pasca tropika pada pukul 7 malam.

Impak Sandy ke atas AS meliputi kawasan dari negeri Florida sehingga
wilayah New England dengan membawa angin kuat jauh ke daratan sehingga
ke pergunungan di barat Virginia.

"Taufan Sandy agak merisaukan kerana walaupun pada waktu tengah hari
ia masih lagi di lautan Atlantik, tetapi angin kuat dan hujan lebat
sudah dirasai di tempat kami," kata Muhammad Syazwan yang menetap di
Kolej Negeri, PSU yang terletak kira-kira 418 kilometer dari pusat
bandar New York.

Di Central Park, New York orang ramai yang melalui sebuah kawasan
berdekatan kondominium One57 yang masih dalam pembinaan berada dalam
keadaan terpinga-pinga tatkala memandang puncak bangunan tersebut.

Lengan kren pada One57 patah selepas dilanda taufan Sandy dan kini berada dalam keadaan terjuntai.



ORANG ramai mendapatkan bantuan bekalan makanan di Brooklyn, New York sebaik ribut reda.




Pemanasan global

Biarpun kesan malapetaka yang dibawa oleh taufan Sandy sangat hebat
dan meliputi kawasan yang luas, pakar geologi, Prof. Madya Datuk Mohamad
Ali Hassan, 60, berkata, tindakan pantas AS dalam menangani masalah
tersebut seharusnya dicontohi oleh semua negara.

"Pergerakan, kelajuan dan kekuatan taufan boleh dijangka dengan
menggunakan Sistem Kedudukan Global. Pengesanan awal membolehkan langkah
keselamatan diambil," katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun, bekas Ketua Jabatan Geologi, Universiti Malaya itu
tidak menolak bencana alam yang berlaku kebelakangan ini dirangsang oleh
kesan pemanasan global, berdasarkan kajian dan pembacaan beliau.

Hujahnya, pencairan ais menyebabkan kenaikan paras air laut.
Pergerakan taufan di kawasan laut terbuka boleh menambah intensiti
sebelum sampai di pinggir pantai.

Perkara tersebut turut dibangkitkan oleh Gabenor New York, Andrew
Cuomo. Katanya: "Sesiapa yang berfikir tiada perubahan pada corak cuaca,
seperti menidakkan realiti."

Perkara tersebut dipersetujui ramai jika membabitkan bencana banjir
namun, sesetengah pakar menolak untuk mengiyakan perkara tersebut kerana
ia didakwa masih tidak begitu jelas.

Setakat ini, kenaikan suhu permukaan Bumi sejak tahun 1970-an gagal
menunjukkan sebarang penambahan bilangan taufan tropika malah, kekal
stabil sekitar 90 jenis taufan setiap tahun.

Sungguhpun begitu, Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA)
AS berkata, ribut-ribut yang besar menjadi lebih kuat dan kekerapannya
meningkat sejak tahun 1995 di Laut Atlantik.

Agensi terbabit turut memberi amaran bahawa sains tidak boleh
menidakkan perubahan semula jadi iklim dan pemanasan buatan manusia.

"Terdapat beberapa bukti mencadangkan perubahan iklim menyebabkan
halaju tiupan angin akan lebih kuat, tetapi bilangan keseluruhan taufan
tropika tidak berubah atau mungkin menurun sedikit," kata Ketua
Perubahan Iklim, Institut Pembangunan Seberang Laut Britain, Tom
Mitchell.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum