Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Ong Kim Swee

View previous topic View next topic Go down

Ong Kim Swee

Post by Park Deen on Thu Nov 10, 2011 3:37 am

Kim Swee lega

JURULATIH skuad negara, Ong Kim Swee menunjukkan wajah lega apabila
anak didiknya bangkit daripada aksi hambar ketika menentang Singapura
dengan persembahan lebih bertenaga untuk menewaskan juara 13 kali
Thailand, 2-1 semalam.

Tiga mata daripada perlawanan kedua ini amat penting buat skuad
kendalian Kim Swee untuk meneruskan kempen mempertahankan pingat emas
selepas sekadar seri 0-0 di tangan Singapura pada aksi pembukaan.

“Iniperlawanan sukar tapi kami berjaya mencipta banyak peluang dan tampil
dengan permainan lebih baik ketika menentang Thailand.

“Apabila Thailand beraksi dengan 10 pemain, saya membuat keputusan
untuk memasukkan Izzaq dan Ahmad Fakri Saarani bagi memantapkan
serangan, ternyata strategi itu berhasil,” katanya selepas tamat
perlawanan. Tambahnya kegagalan pemain menyempurnakan banyak peluang
menyebabkan mereka berdepan situasi getir pada babak kedua.

“Kami sepatutnya menjaringkan dua atau tiga gol pada babak pertama. Walaupun
Thailand menyamakan kedudukan pemain saya menunjukkan karektor sebenar
untuk memenangi perlawanan ini,” katanya.

Empat muka baru
tampil dalam kesebelasan utama kali ini apabila Kim Swee merombak
barisan pemain ketika seri 0-0 menentang Singapura.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Ong Kim Swee

Post by Park Deen on Mon Nov 14, 2011 9:35 am

Kim Swee bengang
2011/11/14


SASARAN mengutip tiga mata pada perlawanan ketiga Kumpulan A sudah
memadai buat skuad bawah 23 negara di Jakarta, semalam walaupun ketua
jurulatih, Ong Kim Swee jelas kecewa dengan perubahan rentak permainan
pada babak kedua menentang Kemboja.

Kesebelasan utama Harimau Muda yang menyaksikan Izzaq Faris Ramlan diletakkan sebagai penyerang tunggal dan Yong Kuong Yong diturunkan buat pertama kali, mempamerkan persembahan kemas dan mengasyikkan sepanjang babak pertama yang
menghasilkan tiga gol, tetapi memberi ruang kepada Kemboja membolosi
gawang negara pada babak kedua sebelum Wan Zaharul Nizam Zakaria
menambah gol pada minit terakhir.

“Ini satu keputusan baik tetapi pada babak kedua pemain terlalu
santai dan akibatnya kita dihukum satu gol,” kata Kim Swee yang
memasukkan A Thamil Arasu menggantikan Izzaq dan Ahmad Fakri Saarani
menggantikan Kuong Yong pada babak kedua.

“Keutamaan kita ialah mencapai apa yang kita sasarkan pada perlawanan
ini. Seperti pada perlawanan sebelumnya menentang Singapura dan
Thailand, kita mempunyai banyak peluang tetapi hanya mampu menjelmakan
dua gol.

“Jadi empat gol pada perlawanan malam ini (semalam)
dan corak permainan kemas pemain, adalah satu tanda positif menjelang
pertemuan penentuan dengan tuan rumah Khamis ini. Cuma kita perlu lebih
fokus sepanjang permainan itu nanti.”

Kim Swee menegaskan,
provokasi tuan rumah sekadar meningkatkan lagi semangat pemain untuk
mencari kemenangan. “Kita sudah selangkah ke separuh akhir dan hanya
memerlukan satu mata untuk layak, tetapi kami bermain bukan untuk satu
mata,” kata Kim Swee.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Ong Kim Swee

Post by Park Deen on Tue Nov 15, 2011 5:00 am

'Jangan sampai hilang fokus'

KIM SWEE (tiga dari kiri) tidak mahu skuad Harimau Muda diperangkap Indonesia pada aksi terakhir Kumpulan A di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta Khamis ini.

JAKARTA - Kekal fokus dan harus waspada.

Itu peringatan yang mahu disampaikan oleh pengendali skuad bola sepak Bawah 23 tahun (B-23) negara, Ong Kim Swee menjelang pertemuan menentang Indonesia pada aksi terakhir Kumpulan A temasya Sukan SEA 2011 di Stadium Gelora Bung Karno, Khamis ini.

Biarpun skuad negara kini berada di landasan terbaik untuk meloloskan diri ke saingan separuh akhir, Kim Swee tidak mahu anak-anak buahnya diperangkap Indonesia, sekali gus menyekat laluan Harimau Muda untuk melangkah lebih jauh.

Bagi Kim Swee, barisan kendaliannya harus tampil dengan matlamat memburu mata, tidak kira tiga mata penuh mahupun satu mata.

"Sasaran memburu tempat ke separuh akhir kini terletak di tangan kami sendiri. Kami tidak mahu bergantung kepada keputusan pasukan lain.

"Tidak kira apa yang berlaku pada perlawanan antara Singapura dan Thailand, saya mahu para pemain sentiasa fokus pada perlawanan dengan Indonesia nanti," kata Kim Swee kepada Kosmo! semalam.

Walaupun Harimau Muda dilihat memiliki rehat yang cukup sebelum berdepan Indonesia, Kim Swee menuntut anak-anak buahnya bersedia dari segi mental dan fizikal menjelang aksi penting itu.

"Harus diingat apabila kita menentang Indonesia, kita bukan sahaja menentang 11 pemain mereka di tengah padang tetapi perlu berdepan dengan ribuan penyokong tuan rumah.

"Sudah tentu situasi itu harus ditangani dengan baik oleh setiap pemain yang diturunkan nanti. Para pemain saya tidak boleh beraksi mengikut perasaan yang akhirnya mengundang padah buat pasukan," katanya.

Ditanya faktor pengadil juga mampu menjadi penentu kepada keputusan perlawanan itu nanti, Kim Swee menjawab: "Kami harus belajar daripada apa yang telah berlaku dalam perlawanan membabitkan Indonesia dengan Singapura dan Thailand.

"Tetapi saya harap perkara seperti itu (pemain dibuang padang) tidak berlaku kepada pasukan negara. Yang penting, para pemain saya harus mengawal emosi sepanjang perlawanan berlangsung," jelasnya.

Skuad Harimau Muda semakin hampir menempatkan diri dalam kelompok empat terbaik pada temasya kali ini selepas membenam Kemboja 4-1 kelmarin.

Sebelum itu, anak-anak buah Kim Swee seri tanpa jaringan dengan Singapura sebelum melakar kemenangan 2-1 ke atas pasukan pilihan, Thailand.

Bagaimanapun, misi Thailand pada temasya di Jakarta berakhir lebih awal apabila skuad Gajah Putih itu tumbang kepada Indonesia yang telah mengesahkan slot separuh akhir hasil tiga kemenangan berturut-turut.

Selepas membelasah Kemboja 6-0, Indonesia meneruskan rentak kemenangan apabila meraih kemenangan 2-1 ke atas Singapura dan menang 3-1 ke atas Thailand.

Selepas tiga perlawanan, Indonesia unggul menerajui Kumpulan A apabila mengumpul sembilan mata, diikuti Harimau Muda (tujuh), Singapura (empat) dan Thailand (tiga).

Kemboja pula gagal meraih sebarang mata apabila tewas dalam kesemua empat perlawanan yang diharungi.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Ong Kim Swee

Post by Park Deen on Thu Nov 17, 2011 7:34 am

Lupakan kutukan

SERIUS...Kim Swee menarik baju Izzaq Faris Ramlan ketika sesi latihan, kelmarin.

JURULATIH Ong Kim Swee mahu pemainnya berjuang berhabis-habisan
ketika menentang Indonesia dalam perlawanan bola sepak Kumpulan A Sukan
Sea, malam ini bagi menentukan sama ada skuad negara layak ke separuh
akhir.

Malaysia kini di tangga kedua selepas mengumpul tujuh mata,
mengekori pendahulu kumpulan iaitu tuan rumah yang mempunyai kelebihan
dua mata. Skuad negara hanya perlu seri dan walaupun sekiranya tewas
perlu dengan defisit jaringan yang kecil.

Perlawanan terakhir kumpulan itu akan diadakan pada jam 8 malam (waktu Malaysia) di Stadium Gelora Bung Karno, Senayan.

Saingan terdekat kepada pasukan negara untuk layak ke separuh akhir
adalah Singapura yang masih mempunyai peluang sekiranya menang besar
dengan Thailand petang ini. Thailand selaku juara lapan kali tidak lagi
mempunyai harapan untuk mara selepas tewas dua kali dan menang sekali
sebelum ini.

Pada masa sama, Kim Swee berharap pemainnya mampu menyerap ejekan serta cemuhan penyokong tuan rumah.

Beliau juga tidak mahu pemainnya terlampau ghairah mencari gol kemenangan
kerana seri dan memperoleh satu mata sudah memadai.

“Kita tidak diterima dengan cara yang baik oleh penyokong tuan rumah
yang sentiasa tidak pernah memihak kepada Malaysia dalam apa acara
sekalipun.

“Jika kita mahu mengatasi pasukan tuan rumah dan
menjaga maruah daripada tercalar, inilah masanya. Apa yang mustahak saya
mahu mereka main ikut kekuatan dan strategi bersama,” katanya kepada
wartawan sebelum melakukan latihan terakhir menjelang perlawanan getir
itu, semalam.

“Latihan hari ini sekadar memanas badan pemain. Saya tidak mahu
masalah lalu berulang dan saya mungkin memperkemaskan lagi barisan
pertahanan agar pemain tidak leka dibolosi gol mudah,” katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Ong Kim Swee

Post by Park Deen on Fri Dec 02, 2011 9:52 am

Jangan gelap mata’
Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
MUSLIM...tidak bersama Harimau Muda A musim depan
MUSLIM...tidak bersama Harimau Muda A musim depan

AKSI memikat pemain Harimau Muda A ketika membarisi skuad juara Sukan Sea Indonesia dan skuad Olimpik negara membuatkan mereka kini diburu pasukan bola sepak negeri dan kelab bagi musim baru Liga Malaysia.

Pemain-pemain ini digilap menerusi program Sekolah Sukan Bukit Jalil dan diberikan pendedahan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan seharusnya terus kekal di bawah bimbingan jurulatih Ong Kim Swee.


Namun persatuan negeri dan kelab yang sepatutnya berusaha melahirkan pemain muda sendiri mula berlumba-lumba mengumpan bayaran gaji lumayan kepada pemain Harimau Muda A.

Menurut Kim Swee, beliau menasihatkan anak buahnya supaya tidak ‘gelap mata’ dengan tawaran gaji lumayan sebaliknya kekal bersama skuad khususnya pemain berusia bawah 21 tahun sebagai persiapan menghadapi Sukan Sea Myanmar 2013 dan Sukan Asia Incheon 2014.


“Memang FAM tak mampu menawarkan gaji setinggi yang diberikan pasukan luar yang tak masuk akal tapi ini semua terpulang kepada pemain. Jika mereka masih mahu terus belajar dan mendapat pendedahan di peringkat lebih tinggi, mereka harus terus bersama dengan pasukan ini.


“Jika mereka bersama dengan Harimau Muda A untuk tempoh dua tahun lagi, mereka boleh dapat dua-tiga kali ganda apa yang ditawarkan sekarang. Saya nasihatkan mereka supaya jangan terlalu memikirkan duit,” katanya yang dihubungi Arena Metro semalam.

Kim Swee berkata, setakat ini beliau mengesahkan tiga pemain, K Gurusamy (pemain tengah), Mohd Muslim Ahmad (pertahanan) dan Abdul Shukur Jusoh (pemain tengah) tidak bersama Harimau Muda A musim depan.


“Mereka sendiri meminta untuk dilepaskan dan saya menerima permohonan mereka itu atas faktor umur yang kini sudah berusia 22 dan 23 tahun,” katanya.

Gurusamy dilapor sudah mengikat kontrak bersama Selangor manakala Muslim bakal menyarung jersi negeri kelahiran, Terengganu.


Mengenai barisan pemain yang akan bersama Harimau Muda A bagi menyertai Liga Singapura musim depan, Kim Swee akan mengumumkan senarai penuh skuadnya minggu depan.


“Minggu depan saya akan umumkan pemain yang menerima kontrak bersama Harimau Muda A. Mengenai penyertaan di Liga Singapura saya perlu mengadakan perbincangan terakhir bersama FAM,” jelasnya.


Sementara itu, Kim Swee menyenaraikan 30 pemain pelatih untuk menjalani latihan pusat skuad Olimpik bermula Isnin ini sebelum berangkat ke Sydney, Australia untuk mengharungi tiga perlawanan persahabatan dengan kelab Liga-A pada 10 hingga 22 Disember ini.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Ong Kim Swee

Post by Park Deen on Wed Jan 04, 2012 1:34 pm

Amaran Kim Swee
Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my

PERINGATAN awal diberikan jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee kepada anak buahnya supaya sentiasa berwaspada agar tidak mudah terjebak dengan gejala mengatur keputusan perlawanan apabila mereka beraksi buat kali pertama dalam Liga Singapura (Liga-S) bulan depan.

Meskipun anak buahnya sudah sedia maklum mengenai perkara itu, beliau tetap mengambil langkah pencegahan dengan memberi kesedaran sebelum sepak mula musim baru Liga-S.

“Perkara ini agak sensitif untuk dibicarakan, namun saya tetap akan memberi peringatan kepada semua pemain kerana mereka harus tahu apakah hukuman yang mereka terima jika melakukan kesalahan ini.

“Mereka perlu tahu, hukuman kepada pesalah ini lebih berat di Singapura dan boleh dipenjarakan. Di Singapura memang ada pertaruhan yang sah namun sebagai pemain mereka tidak dibenarkan berjudi.

“Saya yakin semua pemain sedia maklum namun untuk langkah pencegahan saya akan memberi taklimat secara terperinci mengenai matlamat kita bermain di Singapura. Pengurus pasukan (Datuk Afandi Hamzah) yang juga memiliki kepakaran dalam bidang undang-undang akan memberikan taklimat,” katanya kepada Arena Metro semalam.

Sesi taklimat itu dilihat pendekatan terbaik diambil Kim Swee buat membimbing pasukannya yang dibarisi 29 pemain bawah 23 tahun memandangkan reputasi buruk Singapura yang pernah dilabel sebagai ‘pusat pertaruhan menentukan keputusan perlawanan’ oleh Ketua Keselamatan Fifa, Chris Eaton dalam laporan yang disiarkan oleh asiaone News sebelum ini.

Malah penangkapan warga Singapura di Helsinki, Finland, Wilson Raj Perumal yang dikaitkan dengan skandal mengatur perlawanan di peringkat antarabangsa tahun lalu turut memberi reputasi buruk kepada arena bola sepak negara jiran itu.

Tidak hairanlah menerusi laporan berita TODAYonline semalam satu langkah awal diambil apabila Biro Siasatan Rasuah Singapura yang akan mengadakan pertemuan dengan Lions XII minggu ini bagi memberi penerangan mengenai bahaya gejala mengatur perlawanan.

Sementara itu, Kim Swee memulakan sesi latihan pertama tahun ini bersama 29 pemain Harimau Muda A di padang Majlis Sukan Negara (MSN) semalam.

Katanya, beliau tetap yakin kemampuan pemainnya meskipun penghijrahan tonggak utama seperti Mohd Muslim Ahmad, Abdul Shukor Jusoh (Terengganu), K Gurusamy (Selangor) selain kecederaan yang menimpa pemain termasuk penyerang Izzaq Faris Ramlan.

“Saya yakin pemain yang saya senaraikan mampu mengharungi cabaran dalam Liga Singapura serta mencapai matlamat menduduki kelompok lima pasukan terbaik. Saya akan membuat persiapan dengan menguji tahap kecergasan pemain sebelum memberi tumpuan kepada aspek teknik dan taktikal,” katanya yang membimbing skuad muda negara menjuarai Sukan Sea di Indonesia November lalu.

Harimau Muda A bertandang ke Singapura musim ini hasil kerja sama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) yang turut menyaksikan pertukaran Lions XII ke Liga Malaysia.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Ong Kim Swee

Post by Park Deen on Wed Jan 18, 2012 4:30 pm

Kim Swee risik kelab Singapura

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


KIM SWEE (kanan) mahu mengadakan
perlawanan pemanas badan sebelum aksi kelayakan Sukan Olimpik 2012
menentang Bahrain bulan depan.




PENGENDALI skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee enggan melatah berhubung isu aksi persaha- batan menentang Arab Saudi.

Ketika ini, Arab Saudi masih belum memberi keputusan sama ada mahu atau tidak meneruskan perlawanan tersebut.

Perlawanan itu sangat penting kerana ia dilihat sebagai persiapan
terakhir Harimau Muda bagi mengharungi aksi kelayakan Sukan Olimpik
2012.

Bagaimanapun Kim Swee memberitahu, beliau terpaksa membuat keputusan
untuk membatalkan perlawanan itu ekoran kegagalan Arab Saudi memberikan
pengesahan.

“Benar, saya tidak diberikan sebarang maklumat (mengenai perlawanan persahabatan) daripada pihak Arab Saudi.

“Sebagai alternatif lain, saya akan ke Singapura pada Khamis depan
untuk mesyuarat penyertaan Liga Singapura yang mana kami akan
mengemukakan permohonan kepada beberapa kelab Singapura untuk mengadakan
perlawanan persahabatan.

“Saya berharap perlawanan ini dapat diadakan sebagai aksi pemanas
badan sebelum bertemu Bahrain pada kelayakan Sukan Olimpik 2012,”
katanya kepada Kosmo! semalam.

Pada awalnya, skuad Harimau Muda bakal ditempatkan di Riyadh sebagai pusat latihan sebelum aksi menentang Bahrain di Manama.

Skuad negara menduduki tangga tercorot dalam Kumpulan C selepas tewas kepada Jepun 2-0, Syria 2-0 dan Bahrain 3-2.

Kim Swee yang baru pulang dari Kemboja bersama skuad Harimau Muda A
yang menjadi teras skuad Olimpik berkata, semua pemain akan berkumpul
selepas cuti Tahun Baharu Cina minggu depan.

Beliau berharap barisan pemainnya sentiasa mengamalkan disiplin meskipun tanpa sebarang pengawasan daripada pihaknya.

“Cuti kami terhad yang mana bermula pada 21 Januari selepas
menjalani sesi latihan dan akan kembali berlatih pada 25 Januari nanti.

“Dalam tempoh cuti tersebut, saya berharap para pemain sentiasa berdisiplin dengan menjaga etika sebagai pemain profesional.

“Saya percaya mereka tidak akan menimbulkan masalah dan jaga pemakanan ketika musim perayaan Tahun Baharu Cina,” ujarnya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Ong Kim Swee

Post by Park Deen on Fri Jan 20, 2012 11:22 am

Lupakan satu gelaran

Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my

SKUAD Harimau Muda A yang akan tampil buat kali pertama di Liga
Singapura (Liga-S) musim ini berkemungkinan terpaksa melupakan satu
daripada tiga piala yang dipertandingkan apabila tidak dapat beraksi
dalam Piala Singapura.

Pengendali negara Ong Kim Swee berkata, mereka hanya berpeluang
bersaing merebut gelaran Liga-S dan Piala Liga memandangkan tarikh
kejohanan Piala Singapura yang setaraf Piala FA di Malaysia itu
bertembung dengan pusingan kelayakan Piala AFC Bawah 22, Jun ini.

“Harimau Muda A ditawarkan tempat untuk merebut semua piala yang dipertandingkan
di Singapura, namun kami mungkin terpaksa membuat pengecualian daripada
bermain dalam Piala Singapura kerana terbabit dengan Piala AFC.

“Perkara ini masih dalam pertimbangan dan kemungkinan juga tempat
Harimau Muda A dalam Piala Singapura akan diisi Harimau Muda B,” katanya
ketika dihubungi Arena Metro di Singapura semalam. Sementara itu
segala kekusutan yang menyelubungi Kim Swee berhubung penyertaan anak
buahnya dalam Liga-S akhirnya terlerai apabila Persatuan Bola Sepak
Singapura (FAS) mengesahkan Stadium Yishun akan menjadi kubu rasmi
mereka.

Walaupun stadium itu hanya boleh memuatkan 3,400
penonton, Kim Swee nyata puas hati dengan pemilihan gelanggang itu yang
tidak menggunakan rumput tiruan serta dilengkapi kemudahan baik.

“Memang
Stadium Yishun tak besar cuma boleh memuatkan lebih tiga ribu penonton
saja tapi lokasinya agak strategik kerana hanya mengambil masa 20 minit
untuk datang dari Johor Bahru. “Saya harap penyokong negara, terutama
dari Johor dapat datang untuk memberi sokongan kepada Harimau Muda A.
Saya sempat meninjau stadium itu tadi dan mendapati permukaan padang
berada dalam keadaan baik dan tidak akan memberi masalah kepada pemain,”
katanya yang berada di Singapura untuk menghadiri taklimat Liga-S.
Menurutnya, jadual perlawanan hanya akan diketahui selepas majlis undian pada 26 Januari ini.

Liga-S
akan bermula 9 Februari ini membabitkan 13 pasukan, termasuk tiga dari
luar iaitu Harimau Muda A, Brunei DPMM FC serta Albirex Niigata dari
Jepun selepas juara 2010 dari Perancis, Etoile FC menarik diri kali ini.

Liga itu akan menggunakan format dua pusingan dengan setiap pasukan bermain sebanyak 24 perlawanan.

Juara
liga musim lalu, Tampines Rovers FC akan menentang juara Piala
Singapura, Home United FC bagi perlawanan Sumbangsih di Stadium Jalan
Besar, pada 5 Februari.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Ong Kim Swee

Post by Park Deen on Thu Jan 26, 2012 2:17 am

Kim Swee mahu tebus maruah

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


SKUAD Olimpik negara kini fokus bagi menghadapi baki tiga aksi kelayakan Olimpik 2012 bagi Zon Asia.




ATAS kertas, peluang skuad Olimpik negara untuk mara ke peringkat
seterusnya pada pusingan Kelayakan Olimpik 2012 (Zon Asia) tampak sukar.

Selepas tewas 2-3 kepada Bahrain pada saingan peringkat Kumpulan C di
Stadium Nasional, Bukit Jalil pada November lalu, slot untuk ke saingan
penentuan kini dilihat semakin tertutup rapat buat skuad kendalian Ong
Kim Swee itu.

Sebelum itu, skuad negara tewas 0-2 pada aksi pembukaan kepada Jepun diikuti kekalahan kepada Syria.

Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan hasrat Harimau Muda untuk
menjejakkan kaki ke bumi London tahun ini akan menemui kegagalan jika
keputusan yang dicatat pada pusingan pertama peringkat kumpulan sebelum
ini berulang pada kempen pusingan kedua kelak.

Namun, dalam bola sepak macam-macam boleh berlaku dan tiada yang mustahil.

Berpegang dengan hakikat tersebut, Kim Swee mengharapkan sedikit
keajaiban pada aksi pusingan kedua kelak dengan harapan mampu mencipta
kejutan, sekali gus menjejak kaki ke bumi London.

Apa yang bermain di kotak fikiran pengendali berasal dari Melaka itu
adalah Harimau Muda perlu menebus semula maruah yang tercalar dalam baki
tiga perlawanan akan datang bermula dengan perhitungan menentang
Bahrain pada 5 Februari depan.

Katanya, beliau tetap bersikap positif dan berharap kegagalan lalu tidak akan berulang.

“Sudah tentu saya melihat perlawanan Kelayakan Olimpik 2012 peringkat Kumpulan Zon Asia dari sudut yang positif.


KIM SWEE masih optimis dengan barisan pemainnya bagi mengharungi cabaran mendatang.



“Pasukan ini sudah didedahkan dalam beberapa perlawanan antarabangsa dan saya yakin mereka lebih bersedia.

“Selain pendedahan, mereka juga dapat menimba pengalaman yang cukup
tinggi. Namun, kami belajar dari kesilapan lalu dan bersedia untuk
memberikan yang terbaik menjelang pertemuan menentang Bahrain,” katanya
kepada Kosmo! semalam.

Ditanya mengenai langkah menyenaraikan penyerang Negeri Sembilan,
Ahmad Shakir Mohd. Ali, beliau menjelaskan bahawa prestasi pemain
tersebut dilihat agak konsisten.

“Saya tidak menilai seseorang pemain itu melalui satu perlawanan sahaja sebaliknya mengikuti perkembangannya,” jelasnya.

Jelasnya, apa yang menjadi keutamaan beliau ketika ini adalah pemain
yang mempamerkan aksi yang konsisten wajar diberi peluang menyarungi
jersi skuad kebangsaan.

“Saya percaya khidmat Syakir amat ditagih oleh negara kerana dia
memiliki sentuhan penyudah yang cukup baik dan pemain berusia 21 tahun
itu mempunyai pengalaman beraksi dipentas antarabangsa,” jelasnya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Ong Kim Swee

Post by Park Deen on Mon Jan 30, 2012 6:04 am

Kim Swee: Apex bukan 'anak emas'



KHAIRUL FAHMI sentiasa berfikiran positif setiap kali diberi amanah menjaga gawang skuad negara.



"APEX (Khairul Fahmi Che Mat) bukan 'anak emas' skuad Olimpik negara,
sebaliknya saya akan melayan kesemua pemain sama rata, jadi tuduhan itu
jelas tidak berasas."

Demikian tegas pengendali skuad bawah 21 tahun negara, Ong Kim Swee
berhubung tiada sebarang tindakan yang dikenakan terhadap Khairul Fahmi
yang 'gagal dikesan' semasa latihan hari pertama skuad itu di Wisma FAM,
Kelana Jaya Rabu lalu.

Kim Swee berkata, pihaknya sentiasa bertolak ansur dan mendengar
segala masalah yang dihadapi setiap pemainnya termasuk Khairul Fahmi,
selain tidak sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman.

"Dalam kes Apex, semua sudah sedia maklum bahawa ia hanya satu salah faham dan dia bukannya suka-suka ponteng menjalani latihan.

"Jasa Apex bersama skuad negara juga cukup besar, jadi janganlah
menyangkakan dia 'anak emas' semata-mata tidak berdepan sebarang hukuman
berhubung tindakannya (tidak menjalani latihan) sebelum ini," kata Kim
Swee kepada Kosmo!

Sebelum ini, Khairul Fahmi mengakui 'terkeliru' mengenai jadual
latihan pasukan kebangsaan menjelang pertemuan menentang Bahrain dalam
aksi kelayakan Olimpik Zon Asia Kumpulan C pada 5 Februari depan.

Difahamkan, Hero Malaya itu terikat dengan komitmen bersama
majikannya, Kelantan sebagai persediaan berdepan Kuala Lumpur bagi aksi
Liga Super di Kota Bharu malam kelmarin. Kelantan menang 3-0 dalam
pertemuan itu.

Mengulas lanjut, Kim Swee berkata, kesemua pemain yang tidak
membarisi skuad Harimau Muda A termasuk Khairul Fahmi, Mohd. Zubir Azmi
dan Muslim Ahmad (Terengganu), K. Gurusamy (Selangor), Ahmad Shakir Ali
(Negeri Sembilan), Ahmad Fakri Saaraini (Felda United), Azrif Nasrulhaq
Badrul (PKNS) dan Wan Amirzafran Wan Nadris (Harimau Muda B) kembali
menjalani latihan semalam sebelum berlepas ke Manama pada 1 Februari
depan.

Bagaimanapun, jelasnya, kedudukan pemain-pemain terbabit masih belum
terjamin sepenuhnya apabila beliau hanya akan membawa 21 pemain sahaja
ke Manama, sekali gus menyaksikan sekurang-kurangnya empat pemain akan
digugurkan.

"Saya mementingkan prestasi semasa pemain tidak kira sama ada mereka pemain Harimau Muda ataupun tidak.

"Justeru nama-nama pemain yang digugurkan dijangka diketahui selepas
aksi persahabatan menentang Selangor di Stadium Nasional Bukit Jalil
Selasa ini (esok)," katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Ong Kim Swee

Post by Park Deen on Sat Apr 14, 2012 9:30 am

Kim Swee tuntut komitmen pemain


Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


PEMAIN skuad Harimau Muda (jersi kuning) dituntut tampil dengan komitmen tinggi pada aksi menentang Wellington hari ini.




KEMATANGAN serta komitmen pemain skuad Harimau Muda benar-benar
ditagih pengendalinya, Ong Kim Swee menjelang pertemuan menentang
Woodlands Wellington pada aksi Liga Singapura (Liga S) di Stadium
Yishun, malam ini.

Menurutnya, aksi gugup pemain muda negara ketika menyaksikan rekod
tanpa kalah mereka lebur di tangan Home United minggu lepas wajar
diatasi segera.

Kim Swee juga percaya kekalahan itu bakal mencabar pemainnya supaya
kembali bangkit memburu kemenangan ketika menentang Wellington kelak
sekiranya berhasrat menamatkan saingan di tempat kelima Liga S musim
ini.

Meskipun Wellington sekadar menghuni tangga bawahan liga dengan lapan
mata, Kim Swee enggan pemainnya bersikap sambil lewa sehingga keciciran
tiga mata berharga.

“Dalam perlawanan menentang Home United tempoh hari, barisan
pertahanan skuad saya dilihat mudah hilang konsentrasi setiap kali
diasak penyerang lawan.

“Justeru, saya harap pemain akan bertambah matang ketika berdepan Wellington nanti,” kata Kim Swee.

Harimau Muda yang telah mencatat empat kemenangan dan dua seri
sebelum ini kini tergelincir di tangga kelima liga dengan 14 mata, tiga
mata di belakang peneraju liga, Brunei DPMM.

Selepas aksi menentang Wellington, skuad muda negara bakal berdepan
cabaran pasukan di tangga ketiga, Alestier Khalsa minggu depan.

Mengulas lanjut Kim Swee menjelaskan bahawa beliau percaya gandingan
benteng pertahanannya yang diterajui Affizie Faizal Mamat, Shahrul Saad,
Mohamad Amer Saidin dan Mohd. Fadhli Shas tidak akan mengulangi
kesilapan seperti mana ketika menentang Home United sebelum ini.

“Pada masa sama, saya juga tidak menolak kemungkinan melakukan
sedikit rombakan bagi memberi peluang beraksi kepada pemain yang jarang
diturunkan sebelum ini,” katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Ong Kim Swee

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum