Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Tanggal bulu bahagian sulit

View previous topic View next topic Go down

Tanggal bulu bahagian sulit

Post by Park Deen on Sun Sep 18, 2011 10:07 am



PENGILAP lilin Strawberi Strip mampu mengurangkan rasa sakit ketika rawatan.

CARA merias diri terutama bagi menanggalkan bulu badan yang berlebihan dengan menggunakan waxing atau pengilap lilin sudah menjadi trend masa kini. Bagaimana kaedah itu mungkin agak janggal kerana masih ada yang bimbang mengenai tahap keselamatan, kebersihan dan kesakitan yang akan ditanggung.

Strip yang berlokasi di pusat beli-belah Lot 10, Kuala Lumpur antara pusat perkhidmatan waxing yang terkenal kerana mementingkan teknik menanggalkan bulu badan.

"Di Strip kami mengendalikan mutu kebersihan dengan memastikan spatula dalam setiap proses waxing tidak dikongsi pelanggan.

"Setiap langkah yang dilakukan, Strip menggunakan spatula berlainan. Selepas digunakan, spatula tersebut terus dibuang," jelas Pengurus Perhubungan Strip, Janet Lim.

Selain itu, Strip amat menitik beratkan kemahiran pakar waxing di kedainya. Setiap pakar waxing perlu mendapatkan kursus khas sekurang-kurangnya sebulan di Singapura. Ini bagi memastikan mereka mengetahui dan mendalami cara yang selamat untuk menanggalkan bulu di setiap sudut tubuh badan pelanggan.


PERBEZAAN tangan kiri yang bebas daripada bulu selepas menjalani rawatan waxing.



Waxing yang perlu mendapat lebih perhatian kerana harus dilakukan
dengan teliti ialah Brazilian Waxing. Ini kerana perkhidmatan itu adalah
untuk menanggalkan bulu di bahagian sulit golongan lelaki mahupun
wanita itu, mempunyai kelebihan tersendiri.

"Menanggalkan bulu secara waxing akan bertahan sehingga tiga bulan
berbeza dengan mengamalkan cara biasa seperti cukur. Ini kerana proses
waxing akan menarik bulu anda sehingga ke akar umbi.

"Bukan itu sahaja, bulu yang akan tumbuh lebih nipis dan lembut," terangnya lagi.

Selain itu, permukaan kulit pada bahagian yang dibuang bulu tidak
akan kelihatan hitam sebaliknya akan melembutkan kulit anda. Selepas
melakukan proses tersebut anda boleh menikmati perbezaannya.

Ramai pelanggan Strip terdiri daripada golongan remaja kerana mereka
aktif dalam sukan dan ingin mengurangkan bau badan yang kurang
menyenangkan.


ANTARA produk yang digunakan dalam rawatan Waxing di Strip.



"Bahagian lain yang sering mendapat permintaan pelanggan antaranya
ialah menanggalkan bulu kaki, tangan, dada, ketiak dan pinggul,"
ujarnya.

1Sebelum rawatan waxing dijalankan, bahagian yang ingin dilakukan perlu disapu dengan krim antiseptik terlebih dahulu.

Namun, harus diingat bagi Brazilian waxing, pakar terapi akan memilih
pelanggan yang mempunyai bulu sepanjang empat milimeter (mm).

Alasannya ialah untuk mudah ditarik sekali gus dapat membuang sel kulit mati dan mendedahkan kulit lembut.

2Kemudian, cecair waxing keras strawberi disapu pada kulit dan dalam beberapa saat ia terus akan kering.

Bagi bahagian tangan, anda tidak akan rasa sebarang kesakitan. Tetapi
jika terapi Brazilian waxing, anda perlu menahan sedikit rasa sakit
terutama bagi pelanggan yang pertama kali melakukannya.

3Sejurus sahaja cecair waxing mengering, pakar terapi terus sahaja menanggalkan cecair tersebut dengan sekali sentapan sahaja
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum